Masters China: Jun Hao Tersingkir Awal

September 1, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Perseorangan lelaki No.1 negara, Leong Jun Hao terpaksa akur menamatkan kempen Masters China 2026 seawal pusingan 32.

Penyingkiran awal itu menimpa Jun Hao susulan tewas di tangan pilihan pertama kejohanan dari Indonesia, Jonatan Christie sebentar tadi.

Dalam pertarungan yang berlangsung selama 44 minit itu, Jun Hao tewas pada set pertama menerusi skor 17-21. Keputusan yang sama menyusul pada set kedua dengan Jun Hao tewas 19-21.

Kekalahan itu turut menyaksikan Jun Hao kini tewas tiga kali berturut-turut di tangan Jonatan sepanjang tahun 2026 selepas bertembung di Terbuka Malaysia 2026 dan Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2026.

Sementara itu, Jonatan yang mencatatkan kemenangan melangkah ke pusingan 16 bagi Jelajah Dunia BWF Super 750 ini.

Pemain berusia 28 tahun terbabit akan menantikan saingan samada daripada Koki Watanabe (Jepun) atau Jason Gunawan (Kanada) untuk merebut tiket ke peringkat suku akhir.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd