Benzema Kini Berstatus Ejen Bebas
Hafiz Omar
Pemenang Ballon d’Or 2022, Karim Benzema kini berstatus ejen bebas selepas mencapai persetujuan bersama berpisah dengan kelabnya, Al Hilal.
Perpisahan itu menjelma selepas Benzema, 38 tahun, menyarung jersi kelab Liga Pro Saudi (SPL) itu selama enam bulan.
Al Hilal berkongsikan pelepasan khidmat Benzema pada Isnin – sehari selepas mengumumkan kemasukan penyerang England berusia 30 tahun dari Aston Villa, Ollie Watkins.
View this post on Instagram
Sebagai rekod, Al Hilal mendapatkan khidmat Benzema pada Februari lalu dengan kontrak selama setahun setengah selepas penyerang kelahiran Perancis itu meninggalkan Al Ittihad.
Sepanjang tempoh itu, Benzema sempat membuat 16 penampilan temasuk tiga penampilan pada musim ini selain meledak 10 gol untuk Al Hilal.
Memori Benzema bersama Al Hilal turut diserikan dengan kejayaan menjulang Piala Raja Saudi 25-26, pertandingan kalah mati, selepas menumpaskan Al Kholood pada 8hb Mei lalu.
FEATURED IMAGE: Al Hilal Saudi Club