Barcelona Beli Penyerang Arsenal – Kontrak Sehingga 2029
Hafiz Omar

Juara bertahan La Liga, FC Barcelona memperkukuhkan barisan serangannya dengan menandatangani penyerang Arsenal iaitu Gabriel Jesus.
Pemain kelahiran Sao Paulo berusia 29 tahun itu diberikan kontrak selama tiga tahun yang menyaksikannya kekal menyarung jersi Blaugrana sehingga penghujung musim 2029.
Menurut laporan media Sepanyol, Barcelona kendalian Hasi Flick dikhabarkan mengeluarkan duit sekitar €10 juta bagi menebus bagi kontrak Jesus yang sepatutnya berakhir pada penghujung musim 2027.
View this post on Instagram
Perpindahan itu menamatkan tempoh empat tahunnya bersama Arsenal selepas tiba di Stadium Emirates pada Julai 2022. Sepanjang tempoh itu, Jesus merekodkan 123 penampilan disamping meledak 32 gol serta mencetak 22 bantuan gol buat Arsenal.
Pada awal musim lalu, Jesus ditimpa kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) namun bekas pemain Manchester City itu sempat menyumbang tenaganya dalam membantu Arsenal meraih gelaran juara Liga Perdana (PL) – yang pertama selepas 22 tahun.
Bersama Barcelona, Jesus akan menyarung jersi bernombor 9 – sama seperti disarungnya ketika bermain untuk Arsenal.
Sebagai rekod, Jesus merupakan pemain ketujuh ditandatangani Barcelona pada jendela perpindahan kali ini selepas mengikat Anthony Gordon, Karim Adeyemi, Jesse Bisiwu, Joao Cancelo, Rodri dan Dominik Livakovic.
FEATURED IMAGE: FC Barcelona