Masters China: Penampilan Sulung Tang Jie-Su Yin Terhenti Di Pusingan 32

September 2, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Chen Tang Jie dan Cheng Su Yin yang bergandingan buat julung kalinya di kejohanan antarabangsa terpaksa akur menamatkan kempen Masters China 2026 seawal pusingan 32.

Gandingan pemain berusia 28 dan 23 tahun masing-masing itu mengalami kekalahan di tangan wakil tuan rumah yang diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan, Guo Xin Wa dan Chen Fang Hui.

Kemenangan Xin Wa-Fang Hui tidak menjelma dengan mudah. Tang Jie-Su Yin memaksa mereka bertarung selama 51 minit terlebih dahulu sebelum menoktahkannya dengan skor 21-14 dan 21-19.

Gandingan bersama Su Yin ini hadir selepas Tang Jie bergandingan dengan Clarissa San dalam empat kejohanan antarabangsa. Tang Jie digandingkan dengan pemain lain selepas pasangannya, Toh Ee Wei berehat panjang susulan kecederaan anterior cruciate ligament (ACL). 

Untuk makluman, Masters China ini menjadi satu-satunya pentas menguji gandingan Tang Jie-Su Yin sebelum mereka menghadapi cabaran lebih getir iaitu beraksi di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026. 

FEATURED IMAGE: BWF TV

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd