Hoka Buka Butik Di Pavilion KL

September 3, 2026
Lain-Lain

Hafiz Omar

Jenama kasut sukan berprestasi, Hoka mengukuhkan lagi kedudukannya dalam pasaran Malaysia apabila merasmikan pembukaan butik terbarunya di Pavilion Kuala Lumpur (KL).

Pembukaan butiknya di Pavilion KL, satu daripada destinasi peruncitan dan gaya hidup terkemuka dalam negara, memberikan sentuhan penting kepada Hoka untuk mendekati orang ramai dengan lebih meluas – sesuai dengan lokasi strategiknya.  

Butik baharu yang terletak di Tingkat 3, Elite Pavilion itu menawarkan jualan pelbagai kasut dan pakaian untuk larian jalan raya, larian denai, pendakian dan kegunaan harian. 

Semasa acara perasmian, Ketua Negara REV Edition Sdn Bhd, Regine Wong berkata Hoka berhasrat untuk meneruskan peluasan butiknya ke seluruh negara dalam tahun mendatang.

Butik Hoka di Pavilion KL merupakan yang kelima dalam pasaran Malaysia selepas Hoka bertapak di Suria KLCC, IOI City Mall, The Exchange TRX dan Johor Premium Outlet.  

Di samping itu, Hoka mahu menerokai kaedah baharu untuk berhubung dengan rakyat Malaysia menerusi pengaktifan program komuniti, inisiatif jenama dan kerjasama strategik.

Pada saat ini, Hoka terus mempererat hubungan dengan komuniti larian menerusi inisiatif seperti Hoka Run Club dan Run It Again – sebuah komuniti larian bersama yang membimbing pelari dengan latihan berstruktur untuk berkongsi matlamat berprestasi tinggi. 

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd