Jamie Vardy Kembali Ke Kancah Bola Sepak England

September 7, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Penyerang yang membantu Leicester City menjuarai Liga Perdana (PL), Jamie Vardy kembali ke kancah bola sepak England dengan menyertai Burnley FC.

Vardy, 39 tahun, menyertai kelab yang beraksi dalam Liga Kejuaraan sebagai pemain ejen bebas selepas menghabiskan musim 2025-26 bersama kelab Itali, Cremonese.

Pemain kelahiran Sheffield itu berhasil meledak tujuh gol hasil daripada tampil sebanyak 29 kali. Namun begitu, kehadiran Vardy gagal menyelamatkan kelab itu daripada tersingkir daripada saingan Serie A.

Kehadiran Vardy ke Turf Moor dengan kontrak selama semusim dijangka dapat membantu Burnley bimbingan Nicky Hayen yang memulakan kempen Liga Kejuaraan 2026-2027 lima perlawanan tanpa sebarang kemenangan.

Mereka kini di tangga tercorot Liga Kejuaraan dengan sekadar mengutip dua mata hasil meraih keputusan seri bertemu Middlesbrough dan West Ham.

Kelibat Vardy bersama Burnley dijangka dapat disaksikan ketika bertandang ke Racecourse Ground untuk bertemu Wrexham pada aksi keenam Liga Kejuaraan.

FEATURED IMAGE: Burnley FC

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd