Malaysia Raih Tiket Ke Piala Asia B-20

September 6, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Skuad bola sepak kebangsaan bawah 19 tahun (B-19) berhasil melayakkan diri ke saingan Piala Asia B-20 yang dijadualkan berlangsung di Hangzhou, China pada tahun hadapan.

Malaysia bimbingan Shukor Adan mengesahkan tempat ke saingan dwitahunan itu selepas merekodkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Laos di Stadium Nasional Lao, Vientiane pada Ahad.

Kemenangan itu menjelma hasil jaringan kemenangan Fadhlul Hadi Zulkarnain pada minit ke-76 mengatasi penyamaan yang dilakukan oleh Odin Siphanit pada minit ke-60.

Terdahulu, Malaysia membuka tirai jaringan menerusi Haziq Aziz Ahyok Abdul Qayyum yang merembat bola masuk ke dalam gawang seawal minit ke-7.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)

Kemenangan itu membolehkan Malaysia menutup saingan Kumpulan H dalam Kelayakan Piala Asia B-20 selaku naib juara menafikan juara edisi 2025, Australia yang terpaksa akur menduduki tempat ketiga.

Kedudukan itu menyaksikan Malaysia mengisi membolot slot tujuh pasukan kedua terbaik daripada lapan kumpulan secara keseluruhan.

Sebelum mencatatkan satu-satunya kemenangan ketika bertemu Laos, Malaysia mengharungi dua perlawanan awal dengan terikat 2-2 bertemu Australia dan 0-0 bertembung Indonesia. 

Untuk makluman, ini merupakan kemaraan sulung Malaysia ke Piala Asia B-20 selepas beraksi buat kali terakhir pada edisi 2018 (ketika itu dikenali sebagai Piala Asia B-19).

Featured Image: Football Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd