Pang Ron-Pei Jing Muncul Naib Juara Masters China 2026
Hafiz Omar
Beregu campuran, Hoo Pang Ron dan Lai Pei Jing mencipta pencapaian terbaik sejak bergandingan pada Mei lalu apabila menamatkan kempen Masters China 2026 selaku naib juara.
Pang Ron-Pei Jing terlepas peluang bergelar juara susulan tewas perlawanan akhir di tangan pasangan tuan rumah merangkap beregu No.1 dunia, Feng Yan Zhe dan Huang Dong Ping.
LI-NING China Masters 2026
XD – Final
🇨🇳FENG Yan Zhe🏅
21 21 🇨🇳HUANG Dong Ping🏅
🇲🇾HOO Pang Ron
19 16 🇲🇾LAI Pei Jing🕚 in 50 minutes
— BWFScore (@BWFScore) September 6, 2026
Mereka tewas dua set berturut-turut menerusi skor 19-21 dan 16-21 dalam perlawanan yang memakan masa hampir satu jam lamanya.
Biarpun terlepas gelaran juara di Jelajah Dunia BWF Super 750 terbabit, Pang Ron-Pei Jing tetap meraih habuan lumayan iaitu membawa pulang wang tunai sebanyak AS$43,750 (~RM177,165) serta pungutan 9,350 mata.
Sebelum ini, pencapaian terbaik mereka adalah mara sehingga peringkat separuh akhir di Terbuka Macau 2026 – sebuah siri Jelajah Dunia BWF Super 300.
FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia