Wijnaldum Sertai Al Ittihad
Hafiz Omar
Juara Liga Perdana (PL) dan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) bersama Liverpool, Georginio Wijnaldum melanjutkan karier bola sepaknya bersama Al Ittihad yang beraksi dalam kancah Liga Pro Saudi (SPL).
Pemain tengah kelahiran Belanda yang berusia 35 tahun itu diumumkan menyertai Al Ittihad menerusi perkongsian di pelbagai akaun media sosial pihak kelab pada hari ini dengan kontrak selama semusim.
View this post on Instagram
Kemasukan Wijnaldum ini menjadi jawapan daripada Al Ittihad terhadap pemergian pemain tengah dari Brazil, Fabinho setelah tamat kontraknya pada penghujung musim lalu.
Penghijrahan ini hadir selepas Wijnaldum menghabiskan tiga musim bersama Al Ettifaq yang juga merupakan sebuah kelab berpangkalan di Arab Saudi.
Tempoh bersama Al Ettifaq menyaksikan Wijnaldum menyerikan bolas sepak Arab Saudi dengan tampil sebanyak 101 penampilan disamping menjaringkan 38 gol dan mencetak 17 bantuan gol.