Ranking BWF: Naib Juara Masters China Loncat 31 Anak Tangga

September 8, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Pasangan yang meraih gelaran naib juara di Masters China 2026, Hoo Pang Ron dan Lai Pei Jing merekodkan peningkatan ketara dalam Ranking Dunia.

Kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa menyaksikan kedudukan gandingan pemain berusia 28 dan 31 tahun masing-masing itu meloncat sebanyak 31 anak tangga.

Hasil lonjakan itu meletakkan Pang Ron-Pei Jing menghampiri kelompok 50 terbaik dunia iaitu kedudukan ke-53 dunia dengan 27,530 mata terkumpul.

Hasil bergelar naib juara pada Ahad lalu memberikan Pang Ron-Pei Jing tambahan 9,350 mata.

Dalam pertarungan itu, Pang Ron-Pei Jing terlepas peluang untuk bergelar juara susulan tewas di tangan beregu No.1 dunia, Feng Yan Zhe dan Huang Dong Ping.

Sementara itu, sepasang lagi beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai yang mara sehingga separuh akhir kekal di tangga ke-11 dunia dengan mengumpul 61,730 mata.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd