Lion City Sailors Sambar Bekas Pengendali Buriram United

September 9, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pencabar Johor Darul Ta’zim (JDT) pada peringkat Kumpulan B dalam saingan Piala Shopee 2026-27, Lion City Sailors mengumumkan pelantikan ketua jurulatih baharu pada hari ini.

Menerusi satu kenyataan, kelab kaya raya dari Singapura itu mengumumkan melantik Mark Jackson, 48 tahun, sebagai pengendali baharu menggantikan Jesus Casas yang dipecat lima hari sebelum bermulanya saingan pertama Liga Premier Singapura (SPL) 2026-27.

Jackson, kelahiran England bukanlah nama asing dalam kancah bola sepak asia tenggara. Musim lalu, Jackson memimpin kelab gergasi Thailand iaitu Buriram United FC mengalahkan JDT dalam aksi separuh akhir sebelum menumpaskan Selangor FC pada perlawanan akhir untuk meraih kejuaraan Piala Shopee.

Malahan Jackson merupakan individu yang sama bertanggungjawab memacu Buriram Unired FC menjuarai Liga Thai 1 dan Piala FA Thailand sekaligus menamatkan kempen msuim lalu dengan gelaran “treble”.

Sebelum bertandang ke Thailand, Jackson terlebih dahulu mencipta nama dalam kancah bola sepak Australia – memimpin Central Coast Mariners meraih gelaran juara berganda A-League (premiership & championship) pada musim 2023-24 serta Piala AFC.

Pengumuman oleh Lion City Sailors pada hari ini juga menjawab teka-teki perpisahan mengejut Jackson dan Buriram United –  sehari sebelum skuad Thunder Castle bertemu Sukhothai FC bagi aksi pembukaan Liga Thai 1 2026-27.

Untuk makluman, Jackson akan memulakan tugas bersama Lion City Sailors apabila mendapat lulus permohonan permit bekerja.

FEATURED IMAGE: Lion City Sailors

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd