Mbappe Menyamai Rekod Raul Di UCL

September 9, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Penggempur Real Madrid, Kylian Mbappe merekodkan satu lagi pencapaian peribadi yang baharu apabila menjaringkan gol ketika bertemu Inter Milan pada aksi pertama Liga Juara-Juara UEFA (UCL) musim ini.

Gol yang dijaringkannya pada awal pagi Rabu di Santiago Bernabeu itu bukan sahaja membantu Real Madrid bimbingan Jose Mourinho mencatatkan kemenangan 2-1 bahkan turut meletakkan dirinya sebaris legenda Los Blancos, Raul Gonzalez dalam carta penjaring terbanyak sepanjang zaman UCL.

Jaringan yang menjelma seawal minit ke-14 itu menyaksikan Mbappe kini telah mengumpul 71 gol secara keseluruhan dalam kancah UCL sekaligus berkongsi jumlah pungutan gol bersama-sama Raul.

Sejak melakukan debut dalam kancah UCL pada musim 2016-17, Mbappe telah menjaringkan 6 gol bersama AS Monaco, 42 gol bersama Paris Saint-Germain (PSG) dan 23 bersama Real Madrid.

Daripada 71 gol itu, Mbappe telah merekodkan lima hatrik serta menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan sebanyak satu kali. Pada musim lalu, Mbappe muncul sebagai penjaring terbanyak UCL dengan catatan 15 gol.

Seorang lagi legenda Real Madrid, Cristiano Ronaldo masih merajai carta penjaring terbanyak sepanjang zaman UCL dengan catatan 141 gol diikuti Lionel Messi (129 gol), Robert Lewandowski (109 gol) dan Karim Benzema (90 gol).

FEATURED IMAGE: Real Madrid C.F.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd