14 Pasukan Sertai Piala ASEAN FIFA 2026

September 10, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan sebanyak 14 pasukan menyertai edisi pertama Piala ASEAN FIFA yang akan bermula dari 24hb September hingga 5 Oktober 2026.

14 pasukan itu terdiri daripada 11 pasukan dari negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) bersama-sama tiga buah pasukan jemputan iaitu India, Pakistan dan Hong Kong.

Kejohanan itu dibahagikan kepada dua divisyen dimana Divisyen 1 merangkumi Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Bangladesh & Pakistan sementara Divisyen 2 disertai Hong Kong, Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar & Timor Leste.

Untuk penganjuran edisi pertama ini, Indonesia (Jakarta dan Bandung) serta Hong Kong telah dipilih sebagai hos untuk Divisyen 1 dan Divisyen 2 masing-masing. 

Setiap divisyen pula akan dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B dengan pasukan akan bertemu setiap pasukan di dalam kumpulan masing-masing menerusi format “round robin”.

Bagi Divisyen 1, juara Kumpulan A dan Kumpulan B akan layak ke perlawanan akhir untuk merebut trofi kejuaraan sementara naib juara Kumpulan A dan Kumpulan B akan ke perlawanan penentuan tempat ketiga.

Juara Kumpulan A dan Kumpulan B bagi Divisyen 2 juga akan mara untuk merebut trofi kejuaraan.   

Presiden FIFA, Gianni Infantino menyatakan penganjuran Piala ASEAN FIFA adalah untuk menyediakan perlawanan bola sepak antarabangsa yang berkualiti, mengukuhkan hubungan peminat serantau dan memberikan keterujaan penyokong dengan sukan ini.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd