FAM Tunggu Status Kelayakan Hidalgo, Lowry Wakili Malaysia

September 14, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih menantikan keputusan rasmi daripada badan induk, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenai status dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mewakili skuad kebangsaaan.

Dua pemain yang dimaksudkan ialah Manuel Hidalgo, 27 tahun, kelahiran Argentina dan Shane Lowry, 37 tahun, kelahiran Australia. Kedua-dua pemain ini telah beraksi dalam kancah Liga Malaysia sejak tahun 2021.

“Manuel Hidalgo dan Shane Lowry masih dalam proses semakan serta pengesahan oleh FIFA dan FAM masih menunggu keputusan rasmi daripada badan induk bola sepak dunia tersebut.” tulis kenyataan oleh FAM.

Keputusan positif daripada FIFA dijangka akan memberikan kelebihan buat Malaysia berjulukan Harimau Malaya untuk menghadapi saingan Piala ASEAN FIFA 2026 yang akan membuka tirainya 24hb September kelak.

Sementara itu, dalam kenyataan yang sama, FAM memaklumkan menerima ‘lampu hijau’ daripada FIFA mengenai kelayakan Bergson da Silva dan Brad Tapp untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Sepertimana ramai ketahui, Bergson, 35 tahun, kelahiran Brazil yang menyertai JDT sejak 2021 merupakan mesin gol buat Harimau Selatan.

Sepanjang tempoh itu, nama Bergson telah terpahat sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman JDT, penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super serta merangkul anugerah Kasut Emas sebanyak dua kali.

Manakala Trapp, 25 tahun, pertahanan kelahiran Australia yang mempunyai darah keturunan Malaysia pula layak beraksi selepas FIFA selesai membuat semakan berdasarkan peraturan dan peruntukan yang ditetapkan.

FEATURED IMAGE: JOHOR Southern Tigers

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd