Sepanyol Guna Khidmat de la Fuente Hingga EURO 2032

September 22, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Skuad bola sepak senior kebangsaan Sepanyol nampaknya akan terus menggunakan khidmat Luis de la Fuente selama enam tahun lagi – sehingga saingan EURO 2032.

Perkembangan itu hadir selepas Ahli Lembaga Pengarah (BOD) Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF) bermesyuarat di Ciudad del Futbol bersetuju sebulat suara melanjutkan kontrak jurulatih berusia 65 tahun berkenaan bersama skuad La Roja.

Menerusi satu kenyataan daripada badan induk bola sepak negara berkenaan, keputusan itu dilakukan selepas Sepanyol bimbingan de la Fuente berjaya merangkul semula kejuaraan dunia di Piala Dunia FIFA 2026.

Lanjutan itu turut menyaksikan de la Fuente akan mengendalikan Sepanyol dalam saingan EURO 2028 serta Piala Dunia FIFA 2030 dimana Sepanyol merupakan satu daripada hos bersama-sama Portugal, Maghribi, Argentina, Uruguay dan Paraguay.

Sebagai rekod, de la Fuente mula dilantik sebagai ketua jurulatih pada Disember 2022 selepas Sepanyol tersingkir pada pusingan 16 Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar.

FEATURED IMAGE: RFEF

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd