Johor Darul Ta’zim Perkenal Platform Kandungan Premium JDT+

September 22, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Juara Liga Super 12 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini memiliki sebuah platform kandungan premium diberi nama JDT+ dan boleh diakses menerusi laman sesawang jdtplus.com.

Menerusi satu kenyataan oleh pihak kelab berjulukan Harimau Selatan itu, platform berbayar itu dilancarkan khusus untuk menyajikan perkara-perkara yang berlaku di belakang tabir kelab kepada para penyokong.

JDT+ akan menyiarkan kandungan pertamanya berjudul Untamed, sebuah dokumentari berdurasi 76 minit secara eksklusif pada 22hb Oktober 2026.

Selepas Untamed, JDT+ menjadualkan penyiaran Outbound, siri dokumentari tahunan yang menyusuri kempen Harimau Selatan dalam saingan tertinggi asia, Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE).

Ini merupakan perancangan awal JDT+ selain kandungan-kandungan lain melibatkan JDT. Bagaimanapun, harga langganan mahupun pakej tidak didedahkan lagi kepada umum setakat hari ini.

Pengumuman oleh JDT pada hari ini menyaksikan Harimau Selatan menjadi kelab bola sepak Liga Super yang kedua menawarkan platform kandungan dan penstriman tersendiri selepas Terengganu FC melancarkan TFC Play pada tahun 2023.

FEATURED IMAGE: JOHOR Southern Tigers

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd