Sukan Asia: Adeola Sumbang Emas Pertama Buat Malaysia
Hafiz Omar

Kontinjen Malaysia mengutip pingat emas pertama di Sukan Asia 2026 menerusi atlet karate wanita negara, Adeola Fay Robert, pada hari ini.
Atlet berusia 20 tahun berkenaan meraih kilauan emas selepas menewaskan wakil Iran, Fatemah Zahrah Saeidabadi 6-4 dalam perlawanan akhir kumite wanita bawah 55 kilogram (KG) yang berlangsung di Gimnasium Toyohashi.
Lebih manis, Adeola kelahiran Sabah menjelmakan kejayaan itu pada penampilan pertamanya di Sukan Asia.
View this post on Instagram
Terlebih dahulu, Adeola mengesahkan tempat ke perlawanan akhir selepas menewaskan Bella Samasheva dari Kazakhstan 5-4 pada pertarungan peringkat separuh akhir.
Sebagai rekod, pingat emas ini turut menjelma selepas Adeola membutirkan pingat gangsa di Sukan SEA Thailand 2025.
Pada masa yang sama, kejayaan Adeola ini turut menoktahkan kemarau emas karate wanita Malaysia selepas Syakilla Salni meraihnya pada tahun 2014 di Sukan Asia Incheon.
FEATURED IMAGE: Majlis Sukan Negara Malaysia