JBSN E-mel Keputusan Permohonan Sukarelawan F1 Hari Ini
Hafiz Omar

Keputusan permohonan sukarelawan yang akan bertugas sempena perlumbaan Formula 1 (F1) Bahrain GP di Malaysia 2026 mula diketahui pada hari ini.
Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) menerusi satu kenyataan memberitahu keputusan kelulusan permohonan itu mula dimaklumkan kepada pemohon menerusi e-mel.
Manakala pemohon yang tidak menerima e-mel sebelum atau pada 25hb September 2026 daripada JBSN hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Pada 2hb September lalu, KBS melancarkan pendaftaran sukarelawan dengan seramai 500 orang diperlukan untuk bertugas di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 2hb hingga 4hb Oktober.
Sukarelawan yang terpilih akan bertugas di bawah seliaan JBSN melalui inisiatif Rakan Muda dan akan ditempatkan dalam empat skop utama iaitu perkhidmatan pelanggan, tiket dan kemasukan, perhubungan atau penyambut tetamu dan pengurusan kawasan MADANI.
