Sukan Asia: Malaysia Raih Emas Ketiga Menerusi Shahmalarani

September 23, 2026
Lain-Lain

Hafiz Omar

Kontinjen Malaysia membutirkan satu lagi emas di Sukan Asia 2026 apabila atlet karate negara, Shahmalarani Chandran mengungguli kategori kumite individu wanita bawah 50 kilogram (KG).

Atlet berusia 28 tahun itu muncul juara bagi kategori berkenaan selepas menewaskan wakil berpengalaman dari Hong Kong, Tsang Yee Ting dalam pertarungan akhir yang berlangsung di Gimnasium Toyohashi, pada Rabu.

Pertarungan berlangsung cukup sengit dengan kedua-dua atlet terikat 0-0 sehingga ke penghujung pertarungan. Namun kilauan emas menjadi milik Shahmalarani menerusi keputusan juri yang membuat penilaian berdasarkan aksi lebih kemas sepanjang pertarungan.

Sebelum melayakkan diri ke perlawanan akhir, Shahmalarani yang membuat penampilan kedua pentas Sukan Asia menyingkirkan Saiama Jama 5-4 di peringkat suku akhir sebelum menumpaskan juara dunia dari Uzbekistan, Gulshan Alimardanova 3-2 di peringkat separuh akhir.

Kilauan emas dari Shahmalarani merupakan yang kedua dari kem emas negara selepas Adeola menyumbang emas pertama menerusi kategori kumite individu wanita bawah 55KG pada Selasa.

Sementara itu, emas kedua Malaysia pula menjelma menerusi atlet esukan, Taj Izrin Aiman yang mengungguli acara perlumbaan simulasi Gran Turismo 7 (GT7).

FEATURED IMAGE: Majlis Sukan Negara Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd