Eriksen, Wolfsburg Sepakat Tamat Kontrak Selepas Rebah
Hafiz Omar
Pemain tengah skuad kebangsaan Denmark, Christian Eriksen mencapai persetujuan bersama dengan VfL Wolfsburg selepas insiden rebah ketika menentang Ukraine dalam perlawanan persahabatan, tiga bulan lalu.
Kontrak Eriksen, 34 tahun, bersama kelab divisyen kedua Jermain itu sepatutnya berakhir pada 30hb Jun 2027 namun Wolfsburg bersetuju untuk menamatkannya agar pemain itu dapat berada dekat dengan keluarganya.
“Pada saat ini, sangat penting bagi saya untuk berada dekat dengan keluarga di Denmark. Saya gembira kami dapat mencari kesepakatan. Tempoh saya di Wolfsburg ada naik dan turunnya.
View this post on Instagram
“Saya tahu kelab berada di tangan orang yang betul dimana ia mensasarkan untuk kembali ke Bundesliga, dan saya percaya kejayaan akan tiba buat VfL kelak.” katanya seperti dipetik daripada laman sesawang rasmi Wolfsburg.
Sebagai rekod, Eriksen yang pernah beraksi bersama Tottenham Hotspur dan Manchester United menyertai Wolfsburg kira-kira setahun yang lalu.
Sepanjang tempoh itu, Eriksen berhasil tampil sebanyak 34 kali disamping mencetak 10 bantuan gol dan menjaringkan tiga gol.
Pada Jun lalu, Eriksen rebah pada babak kedua ketika bertemu Ukraine di Odense. Itu merupakan insiden kedua Eriksen rebah semasa bermain bola sepak selepas insiden yang sama berlaku berikutan serangan jantung ketika EURO 2020 sekitar lima tahun lalu.