Hasselbaink Singgah KL Tengok Chelsea vs Man Utd

September 24, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Bekas penyerang Chelsea era awal 2000-an, Jimmy Floyd Hasselbaink akan berada di Kuala Lumpur untuk bertemu dan beramah mesra dengan penyokong The Blues sekitar penghujung Oktober kelak.

Bukan sahaja untuk bertemu peminat, Hasselbaink akan turut bersama-sama penyokong untuk menyaksikan tayangan skrin besar Chelsea bimbingan Xabi Alonso menentang Manchester United pada 31hb Oktober (Sabtu).

Bagi yang berminat untuk menyaksikan tayangan skrin besar perlawanan kesembilan Liga Perdana (PL) musim 2026-27 bersama Hasselbaink boleh mendaftar di SINI dan penganjur akan melaksanakan cabutan bertuah untuk memberikan tiket-tiket terbabit.

Kehadiran pemain kelahiran Suriname yang mempunyai 23 kap bersama Belanda itu merupakan sebahagian daripada program penglibatan penyokong antarabangsa oleh The Famous CFC.

Sebelum ini, Hasselbaink yang merekodkan 87 gol hasil tampil sebanyak 177 kali bersama Chelsea dan pemenang Kasut Emas Liga Perdana musim 1998-99 telah melawat Vietnam dan China bagi program yang sama.

FEATURED IMAGE: Chelsea

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd