Skuad Bimbingan Klopp, Xavi Seri 1-1
Hafiz Omar

Pertembungan Jerman dan Belanda yang kini di bawah kendalian ketua jurulatih baharu iaitu Jurgen Klopp dan Xavi Hernandez masing-masing berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Aksi saingan Liga Negara-Negara UEFA (UNL) itu bermula dengan Belanda mendapatkan jaringan pendahuluan menerusi Virgil van Dijk seawal minit ke-14 namun dibatalkan oleh pengadil dari Sepanyol, Alejandro Hernandez selepas merujuk Video Bantuan Pengadil (VAR).
Keputusan itu menyaksikan skor semasa kembali menjadi 0-0 namun selang 18 minit kemudian Jerman berhasil mencetak gol sulung di bawah era Klopp selepas Felix Nmecha menyudahkan bola dari jarak dekat mengalahkan penjaga gawan, Bart Verbruggen.
View this post on Instagram
Selepas jaringan tersebut, kedua-dua pasukan meneruskan serangan balas terhadap gawang lawan masing-masing dengan Belanda ingin memburu jaringan penyamaan manakala Jerman mahu menggandakan kedudukan.
Tatkala Jerman menyangka dapat meraih tiga mata daripada perlawanan ini, pemain Liverpool, Cody Gakpo muncul hero sebagai hero Belanda apabila melakukan voli menewaskan Marc-Andre ter Stegen pada minit ke-90 sekaligus menyamakan kedudukan 1-1.
Jaringan hasil hantaran cantik daripada Ruben van Bommel itu turut menyelamatkan Belanda bimbingan Xavi dengan mengutip satu mata disamping menghancurkan impian anak-anak buah Klopp untuk membawa tiga mata penuh daripada Johan Cruijff Arena.
FEATURED IMAGE: Germany Football Team & Onsoranje Facebook