David Alaba Sertai Udinese – Kontrak Sehingga Jun 2027

September 25, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pertahanan Austria, David Alaba memilih untuk melanjutkan karier bola sepaknya bersama Udinese Calcio 1896 selepas meninggalkan Real Madrid pada penghujung musim lalu.

Penyertaan Alaba, 34 tahun, bersama kelab yang bersaing dalam kancah Serie A itu diumumkan oleh Udinese pada Khamis menerusi pelbagai perkongsian di media sosial dan laman sesawang rasminya pada Khamis.

Alaba yang turut pernah menyarung jersi Bayern Munich menandatangani kontrak bersama Udinese sehingga 30hb Jun 2027.

Udinese melabelkan Alaba sebagai salah seorang pemain yang berjaya dan berprestij di peringkat antarabangsa. Tambah Udinese, pemain berdarah campuran Nigeria dan Filipina itu juga memiliki kemampuan teknikal yang luar biasa,  kepimpinan dan versatil.

Kedatangan pemain berkaliber seperti Alaba menggambarkan bukti nyata cita-cita Udinese. Kelab bimbingan Kosta Runjaic itu menyatakan mahu melakukan pelaburan berprofil tinggi untuk memperkukuhkan projek sukannya dan menawarkan kepada peminat pemain yang mampu melakukan perbezaan di dalam dalam dan luar padang.

Selepas memulakan lima perlawanan Serie A musim 2026-27, Udinese kini berada di tangga ke-13 selepas melakar satu kemenangan dan satu seri daripada lima perlawanan.

FEATURED IMAGE: Udinese Calcio 1896

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd