Sukan Asia: Eain Yow Raih Emas & Tiket Ke Olimpik
Hafiz Omar

Ng Eain Yow, 28 tahun, mencipta sejarah selaku pemain skuasy pertama yang melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028 selepas berjaya mempertahankan pingat emas di Sukan Asia 2026.
Kilauan itu menjadi milik atlet kelahiran Kuala Lumpur susulan menewaskan wakil India, Abhay Singh menerusi skor 11-9, 11-5, 11-5 dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki yang berlangsung di Arena Nagoya Kinjo-Futo, pada Ahad.
Sukan skuasy bakal membuat penampilan sulung di temasya Sukan Olimpik selepas Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) meluluskan penyertaan sukan terbabit dalam satu mesyuarat pada tahun 2023.
Sementara itu, Sukan Asia kali ini menawarkan tiket automatik kepada pemenang pingat emas bagi acara perseorangan lelaki dan wanita ke Sukan Olimpik tersebut.
Baki 15 kuota lagi ditawarkan menerusi temasya sukan benua lain, ranking dunia PSA, peruntukan negara tuan rumah, kelayakan akhir kejohanan dunia dan “universality places” atau lebih dikenali sebagai “wildcard”.
Pada masa yang sama, emas yang dirangkulnya pada hari ini merupakan pingat emas kalima diperoleh Kontinjen Malaysia di Sukan Asia 2026.
Sebagai rekod, Eain Yow meraih emas pertamanya di Sukan Asia selepas mengalahkan wakil India, Saurav Ghosal menerusi skor 9-11, 11-9, 11-5 dan 11-7.
FEATURED IMAGE: Majlis Sukan Negara Malaysia Facebook