Sukan Asia: Sivasangari Lengkapkan Sasaran Emas Malaysia, Layak Ke Olimpik
Hafiz Omar

Sivasangari Subramaniam, 27 tahun, melengkapkan sasaran enam pingat emas Kontinjen Malaysia apabila mengungguli kategori perseorangan wanita skuasy di Sukan Asia 2026.
Kejayaan itu menjelma selepas pemain kelahiran Sungai Petani, Kedah menampilkan aksi dominan sepanjang pemain dan menoktahkannya dengan skor 11-4, 11-4 dan 11-7 ke atas wakil India, Anhat Singh, pada Ahad.
Bagi Sivasangari, kejayaan itu turut membolehkannya mempertahankan pingat emas yang dimenanginya pada edisi lalu selain meraih tiket automatik ke temasya Sukan Olimpik yang akan berlangsung di Los Angeles pada tahun 2028.
Sivasangari menjadi pemain skuasy kedua meraih slot automatik ke Sukan Olimpik selepas rakan senegaranya, Ng Eain Yow menjuarai kategori perseorangan lelaki pada hari yang sama.
Untuk makluman, sukan skuasy bakal membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik selepas Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) meluluskannya dalam satu mesyuarat pada tahun 2023.
Kilauan emas oleh Sinvasangari dan Eain Yow menerusi sukan skuasy ini menjelma selepas Malaysia mengungguli karate kumite bawah 55 kilogram (Adeola Fay Robert), karate kumite bawah 50kg (Shahmalarani Chandran), perlumbaan simulasi Gran Turismo 7 (Taj Izrin) dan sepak takraw regu berpasukan (skuad lelaki).
FEATURED IMAGE: Majlis Sukan Negara Malaysia Facebook