RTM, YTL Corp Siar 5 Perlawanan Piala ASEAN FIFA 2026
Hafiz Omar
Stesen televisyen milik kerajaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengesahkan bakal menyiarkan secara langsung lima perlawanan Piala ASEAN FIFA 2026 yang sedang disertai oleh skuad bola sepak kebangsaan bimbingan Tan Cheng Hoe.
Lima perlawanan itu melibatkan tiga aksi Malaysia di peringkat Kumpulan A – Divisyen 1 iaitu bertemu Bangladesh (25hb September), Indonesia (28hb September) dan Singapura (1hb Oktober).
Ianya diikuti dua perlawanan iaitu penentuan tempat ketiga (menemukan naib juara Kumpulan A dan B) dan perlawanan akhir (pertembungan juara Kumpulan A dan B) yang dijadualkan pada 5hb Oktober.
RTM dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menjalinkan kerjasama strategik bersam YTL Corporation Berhad selaku Penaja Utama siaran Piala ASEAN FIFA 2026 sekaligus mengangkat RTM sebagai Penyiar Rasmi.
View on Threads
“Sokongan YTL sebagai Penaja Utama mencerminkan komitmen sektor korporat dalam menyokong pembangunan dan penyiaran sukan disamping memperluas akses rakyat kepada kandungan sukan berkualiti.”
“Kerjasama ini sejajar dengan peranan RTM sebagai penyiar utama negara yang sentiasa berusaha menyediakan kandungan bermutu, relevan dan boleh dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.”
“Penyiaran kejohanan ini diharap dapat menyemarakkan semangat penyokong serta memberi sokongan padu kepada pasukan Malaysia sepanjang saingan berlangsung.” tulis kenyataan oleh RTM.
Malaysia telah memulakan kempen Piala ASEAN FIFA 2026 dengan langkah kanan apabila menundukkan Bangladesh pada aksi pembukaan dengan keputusan 3-0 hasil jaringan berganda Arif Aiman dan satu gol daripada penyerang naturalisasi baharu, Bergson da Silva.