Sukan Asia: Regu Malaysia, Thailand Rebut Emas

September 28, 2026
Sepak Takraw

Hafiz Omar

Skuad sepak takraw negara mencipta kebangkitan ketika bertemu Filipina pada peringkat separuh akhir acara regu sekaligus menempah tiket ke perlawanan akhir di Sukan Asia 2026.

Regu negara bermula menerusi trio Zulkifli Abdul Razak (tekong), Afifuddin Razali (apit kanan) dan Aidil Aiman (apit kiri).

Namun aksi kurang memberangsangkan menyaksikan ketua jurulatih, Ahmad Jais Baharu mengubah percaturan memasukkan Azlan Alias dan Syahir Rosdi. 

Namun begitu, percaturan itu tidak menghalang Filipina daripada mencatatkan kemenangan pada set pertama menerusi skor 15-10. 

Percaturan yang diharapkan menjadi pada set kedua apabila regu negara berhasil bangkit mempamerkan permainan yang meyakinkan seterusnya kemenangan 15-11 pada set kedua.

Malaysia meneruskan permainan memberangsangkan pada set ketiga. Pada awalnya, Filipina sempat memberikan tentangan sengit namun Malaysia berhasil mengekalkan ketenangan sehingga berjaya menoktahkan pertarungan itu menerusi skor 15-7 sekaligus membolot slot ke perebutan pingat emas.

Malaysia yang masih segar dengan kejayaan meraih pingat dalam kategori regu berpasukan lelaki hasil menumpaskan Thailand akan bertemu wakil dari negara yang sama untuk merebut pingat emas dalam acara ini.

Pertarungan merebut pingat emas antara Malaysia dan Thailand dijadualkan berlangsung pada Selasa, jam 9.30 pagi (waktu Malaysia).

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd