Sukan Asia: Trio Pecut Wanita Rangkul Perak

September 29, 2026
Basikal

Hafiz Omar

Malaysia mengutip satu lagi pingat perak di Sukan Asia 2026 menerusi sukan berbasikal trek dalam acara pecut berpasukan wanita, sebentar tadi.

Kilauan perak itu disumbangkan oleh trio pelumba Izzah Izzati, Anis Amira Rosidi dan Nur Alyssa Farid disamping memecahkan rekod kebangsaan dalam acara terbabit dengan catatan masa 48.566 saat (s).

Pingat emas dalam acara terbabit dirangkul oleh China menerusi Luo Xuechuang, Yuang Liying dan Jiang Yulu yang melintasi garisan penamat dengan memecahkan rekod benua iaitu 45.370s.

Untuk makluman, rekod asia terdahulu adalah 45.487s yang turut dihasilkan oleh trio pelumba wanita China.

Sementara itu, dalam perlumbaan penentuan pingat gangsa, trio Taiwan yang dibarisi Wang Sin-Ting, Chen Ching-Yun dan Liu Shang-Ying muncul sebagai pemenang mengatasi trio tuan rumah yang terdiri daripada Aki Sakai, Mina Sato dan Minami Yamada.

Walaupun terlepas kilauan emas, pencapaian Izzah, Anis dan Alyssa dilihat sebagai satu peningkatan berbanding edisi Sukan Asia Hangzhou 2022 dimana Malaysia sekadar meraih gangsa.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd