Ab Ghani Ketuai 2 Jawatankuasa Tetap FAM
Hafiz Omar

Dato’ Ab Ghani yang dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 17hb September lalu tampil mengumumkan nama-nama yang dilantik sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi untuk Jawatankuasa Tetap bagi baki penggal 2025-2029.
Menerusi satu sidang media pada hari ini, Ab Ghani mengumumkan nama-nama terbabit selepas mempengerusikan mesyuarat keenam Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi baki penggal ini di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Berdasarkan pengumuman tersebut, Ab Ghani dilihat mengetuai dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Kewagan dan Pentadbiran serta Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan.
Sementara itu, Naib Presiden 1, Datuk Seri Rosmadi Ismail dipertanggungjawabkan untuk memimpin Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan manakala Naib Presiden 3, Datuk Saaran A/L Nadarajah pula mempengerusikan Jawatankuasa Undang-Undang.
Kesemua Jawatankuasa Tetap diketuai oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM melainkan Jawatankuasa Stadium dan Keselamatan, Jawatankuasa Integriti dan Jawatankuasa Pengadil dimana Artikel 47 Perkara 2 dalam Statut FAM menyatakan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak boleh menjadi Ahli Jawatankuasa Eksekutif.
Tuntutan itu menyaksikan Ghani mengumumkan mantan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Panglima Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Integriti disamping Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPK) Malaysia, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain sebagai Timbalan Pengerusi.
Peranan Pengerusi Jawatankuasa Stadium dan Keselamatan pula diberikan kepada Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hassan Basri sementara Jawatankuasa Pengadil dikepalai R. Muniandy A/L Rethiah.
Dalam sidang media yang sama, Ghani turut mengesahkan Datuk Noor Azman Rahman kekal sebagai Setiausaha Agung FAM manakala Dato’ Ismail Karim kekal sebagai Bendahari FAM.

Senarai penuh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi bagi 11 Jawatankuasa Tetap FAM untuk baki Penggal 2025-2029 adalah seperti berikut:
Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan
Pengurusi: Dato’ Ab Ghani Hassan
Timbalan Pengerusi: Datuk Saaran a/l Nadarajah
Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan
Pengerusi: Dato’ Ab Ghani Hassan
Timbalan Pengerusi: Datuk Seri Rosmadi Ismail
Jawatankuasa Penganjur Pertandingan FAM
Pengerusi: Dato’ Suraya Yaacob
Timbalan Pengerusi: Datuk Kamarudin Hassan
Jawatankuasa Undang-Undang
Pengerusi: Datuk Saaran a/l Nadarajah
Timbalan Pengerusi: Datuk TPr. Alijus @ Mohd Ali Sipil
Jawatankuasa Pengadil
Pengerusi: R. Muniandy a/l Rethiah
Timbalan Pengerusi: Mat Lazim Awang Mat
Jawatankuasa Perubatan dan Sains Sukan
Pengerusi: Dato’ Mohd Azhar Jamaluddin
Timbalan Pengerusi: Mohd Azizudin Mohd Shariff
Jawatankuasa Media dan Pemasaran
Pengerusi: Datuk Syed Mahadi Syed Hassan
Timbalan Pengerusi: Datuk TPr. Alijus @ Mohd Ali Sipil
Jawatankuasa Stadium dan Keselamatan
Pengerusi: CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hassan Basri
Timbalan Pengerusi: DCP Datuk Mohd Rozi Jidin
Jawatankuasa Integriti
Pengerusi: Dato’ Seri Panglima Ayob Khan Mydin Pitchay
Timbalan Pengerusi: Dato’ Sri Mohd Suhaily Mohd Zain
Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan
Pengerusi: Datuk Seri Rosmadi Ismail
Timbalan Pengerusi: Dato’ Zainal Abidin Hassan