Harimau Malaya Uji Pasukan No.93 Dunia Pada November

September 30, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Skuad bola sepak kebangsaan berjulukan Harimau Malaya mengatur dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu pasukan yang menghuni ranking ke-93 dunia iaitu China pada November 2026.

Perlawanan itu dijadualkan berlangsung pada 14hb dan 17hb November masing-masing bertempat di Guangzhou, China semasa Jendela Perlawanan Antarabangsa FIFA bagi bulan berkenaan.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Ab Ghani Hassan kepada pihak media, pada hari ini.

Pengaturan perlawanan itu merupakan sebahagian perancangan FAM untuk memperkukuhkan ranking skuad kebangsaan supaya dapat menduduki balang terbaik untuk undian kelayakan Piala Dunia FIFA 2030 dan Piala Asia AFC 2031.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia bertemu China adalah pada September 2023 di Chengdu dengan permainan berkesudahan seri 1-1.

FEATURED IMAGE: Malaysia NT

 

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd