Sukan Asia: Azizulhasni Bawa Pulang Gangsa Acara Pecut

October 1, 2026
Basikal

Hafiz Omar

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang meraih pingat gangsa buat Kontinjen Malaysia hasil memenangi perlumbaan penentuan tempat ketiga dalam acara pecut individu di Sukan Asia 2026.

Pelumba berusia 38 tahun berkenaan gangsa selepas mengalahkan pelumba Thailand, Jai Angsuthasawit dengan keputusan 2-0 di Velodrom Izu, Shizuoka pada petang tadi.

Sebagai rekod, kutipan gangsa itu merupakan pingat kelima diraih Azizul yang dijuluki The Pocket Rocketman di temasya Sukan Asia sepanjang kariernya.

Berakhirnya acara ini menandakan Azizul akan menukar tumpuannya kepada acara kegemarannya iaitu keirin yang akan bermula pada Jumaat.

Sementara itu, emas bagi acara pecut lelaki menjadi milik pelumba Jepun iaitu Ota Kaiya, 27 tahun, yang mengalahkan Li Zhiwei dari China juga dengan skor 2-0.

Untuk makluman, Malaysia kini menghuni tangga kesebelas dalam carta pungutan pingat yang merangkumi enam emas, lima perak dan 13 gangsa.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd