Sukan Asia: Skuasy Berpasukan Lelaki Tuai Emas Ke-9

October 2, 2026
Lain-Lain

Hafiz Omar

Kem skuasy meneruskan kecemerlangan di temasya Sukan Asia 2026 dengan menuai pingat emas kesembilan buat Kontinjen Malaysia menerusi acara berpasukan lelaki.

Malaysia menuai emas terbabit dengan mengalahkan Pakistan 2-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Arena Nagoya Kinjo Futo, sebentar tadi.

Kemenangan pertama menjelma menerusi Ameeshenraj Chandran yang mengalahkan Iqbal Nasir menerusi skor 8-11, 11-3, 11-6 dan 11-4 setelah bertarung sengit selama 41 minit. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SRAM (@squash_malaysia)

Malaysia meneruskan rentak kemenangan pada pertarungan kedua menerusi jaguh perseorangan lelaki negara, Ng Eain Yow yang menumpaskan Noor Zaman menerusi skor 11-8, 6-11, 7-11, 11-4 dan 11-5.

Pukulan terakhir Eian Yow itu turut menamatkan penantian lapan tahun Malaysia untuk kembali bergelar juara dalam acara berpasukan lelaki selepas memenanginya di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

Terdahulu, skuad skuasy wanita turut meraih emas dalam acara berpasukan hasil mengalahkan Hong Kong 2-1. Beberapa hari lalu, Eain Yow dan Sivasangari Subramaniam turut meraih emas dalam acara perseorangan lelaki dan wanita masing-masing.

Sebagai tambahan, kutipan sembilan kilauan emas ini menyamai pencapaian terbaik Kontinjen Malaysia di Sukan Asia Guangzhou 2010.

FEATURED IMAGE: World Squash Federation Facebook

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd