Bottas Kayuh Basikal Dari Sepang Ke Singapura
Hafiz Omar

Pelumba Cadillac F1, Valtteri Bottas memilih untuk ke perlumbaan Singapore Grand Prix (GP) yang dijadualkan berlangsung bermula 9hb hingga 11hb Oktober kelak dengan mengayuh basikal bermula dari Litar Antarabangsa Sepang dengan jarak sekitar 350 kilometer (KM).
Pelumba berusia 37 tahun itu mengesahkan perkara itu menerusi satu video yang dimuat naik di akaun media sosialnya dengan kapsyen “Ya saya berkayuh ke Singapura”, awal pagi tadi.
View this post on Instagram
Kelibatnya berbasikal bersama-sama pasangannya yang juga merupakan pelumba basikal profesional, Tiffany Cromwell mula dilihat orang ramai di lebuh raya sekitar Sepang selepas berakhirnya perlumbaan Bahrain GP pada Ahad.
Menariknya, Bottas ke Singapura tidak sekadar menggunakan jalan raya utama atau lebuh raya. Sebaliknya, Bottas turut menyelusuri jalan “dalam” serta laluan tanah dan berbatu menyelusuri ladang sawit serta laluan denai dan berbukit.
Berdasarkan video pendek yang dikongsikannya, Bottas telah melepasi Port Dickson pada hari pertama dan menuju ke arah Muar pada hari kedua selepas melintasi Melaka.
Pada Ahad lalu, Bottas gagal menamatkan perlumbaan di Sepang bersama dua lagi pelumba, George Russell (Mercedes-AMG) dan Alex Albon (Williams F1).
Featured Image: Valterri Bottas Instagram