Ranking BWF: Jun Hao Kembali Dalam Kelompok 30 Terbaik

October 6, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Perseorangan lelaki No.1 negara, Leong Jun Hao kembali dalam kelompok 30 pemain terbaik dunia selepas mara ke pusingan 16 di Sukan Asia 2026, baru-baru ini.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mempersembahkan kedudukan baharu Jun Hao dalam ranking dunia, bersama kutipan 43,029 mata, selepas melakukan kemaskininya pada hari ini.

Kedudukan ke-30 itu merupakan peningkatan sebanyak tiga anak tangga berbanding minggu lalu dan ianya dicetuskan pertambahan sebanyak 4,800 mata yang diraihnya di temasya Sukan Asia.

Sementara itu, seorang lagi wakil dalam kategori yang sama dan mara ke peringkat yang sama, Justin Hoh turut merekodkan peningkatan sebanyak tiga anak tangga.

Pemain berusia 22 tahun berkenaan kini berada di tangga ke-45 dunia dengan kutipan 34,602 mata.

Manakala bekas perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kekal di tangga ke-56 dunia.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd