Mohd Shuhaily Tolak Pelantikan FAM

October 5, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain menolak pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM.

Badan induk bola sepak tanah air dalam satu kenyataan menyatakan Shuhaily tidak dapat menerima pelantikan itu berikutan kekangan masa dan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)

“FAM menghormati keputusan tersebut serta merakamkan penghargaan kepada Dato’ Sri Mohd Shuhaily atas kesediaan dan komitmen beliau sebelum ini untuk membantu FAM dalam memperkukuhkan aspek integriti dan tadbir urus.” tulis kenyataan FAM.

Pada minggu lalu, FAM selepas mengadakan mesyuarat keenam Jawatankuasa Eksekutif FAM yang dipengerusikan presiden, Dato’ Ab Ghani mengumumkan melantik mantan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Panglima Ayob Khan Mydin Pitchay sebagai Pengerusi Jawatankuasa Integriti disamping Mohd Shuhaily sebagai Timbalan Pengerusi.

Pelantikan itu berdasarkan Artikel 47 Perkara 2 dalam Statut FAM yang menetapkan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti mestilah bukan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd