Terbuka Artik: Zii Jia Lepasi Pusingan Kelayakan
Hafiz Omar

Bekas perseorangan lelaki No.1 tanah air, Lee Zii Jia berhasil melepasi ujian di pusingan kelayakan sekaligus menempah tiket ke pusingan 32 di babak undian utama Terbuka Artik 2026 – Jelajah Dunia BWF Super 500.
Pemain berusia 28 tahun berkenaan mara selepas menumpaskan wakil tuan rumah, Kalle Koljonen dengan bergaya menerusi skor 21-12 dan 21-15 dalam masa 33 minit.
Kemenangan di Energia Areena di Vantaa itu sekaligus membawanya bertemu pemain China yang menghuni ranking ke-40 dunia, Dong Tian Yao.
Untuk makluman, Tian Yao adalah individu yang sama mengalahkan Zii Jia 21-18 dan 21-14 pada suku akhir pusingan kelayakan sekaligus mengekang pemain kelahiran Kedah itu ke babak undian utama Masters Orleans 2026.
FEATURED IMAGE: Olympic Council of Malaysia