Luno Tawar Hadiah Tiket Perlumbaan Motosikal Di Sepang

October 7, 2026
Permotoran

Hafiz Omar

Bursa aset digital yang dikawal selia Suruhanjaya Sekuriti, Luno tampil menawarkan hadiah menarik untuk sebuah perlumbaan motosikal yang akan berlangsung di Sepang bermula 30hb Oktober hingga 1hb November kelak.

Hadiah itu ditawarkan kepada 200 pelanggan terbaik dalam carta kempen “Race to Sepang” Fasa 2. 

Kempen itu memerlukan peserta untuk berdagang (trading) dan pegang (staking) tujuh aset digital yang terdiri daripada ETH, SOL, ADA, AVAX, ATOM, DOT dan NEAR bermula 22hb September hingga 19hb Oktober.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Luno Malaysia (@luno_my)

Setiap pembelian aset-aset digital dalam tempoh yang dinyatakan akan memberikan pelanggan mata untuk dikumpul bagi menempatkan diri dalam kelompok 200 peserta terbaik.

Sementara setiap pegangan aset-aset digital dalam tempoh pertandingan itu pula akan memberikan nilai gandaan tertentu berdasarkan Tier 1, Tier 2 atau Tier 3 sekaligus meningkatkan lagi pungutan mata oleh setiap peserta.

Hadiah utama yang ditawarkan adalah 4 tiket Marc Marquez Tribune (K1) bersama-sama BTC bernilai RM6,000. Semetara tempat kedua dan ketiga pula akan mendapat 2 tiket Marc Marquez Tribune bersama-sama BTC bernilai RM3,000 dan RM1,000 masing-masing.

Bagi peserta yang berada di tempat keempat hingga ke-200, Luno menyediakan lima pasang tiket Marc Marquez Tribune K1 dan 20 hadiah berupa BTC bernilai RM250 setiap satu. 25 pemenang ini akan dipilih secara rawak menerusi “random wheel”.

Segala terma dan syarat boleh dirujuk DI SINI

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd