Terbuka Artik: Aaron-Roy King Meluncur Ke Pusingan 16

October 7, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Beregu lelaki negara, Aaron Tai dan Yap Roy King tidak berhadapan masalah besar untuk menempatkan diri ke pusingan 16 di Terbuka Artik 2026 – Jelajah Dunia BWF Super 500. 

Gandingan berusia 19 dan 25 tahun itu mengesahkan langkah selepas mengalahkan beregu senegara, Nur Mohd Azriyn dan Tan Wee Kiong dengan mudah di pusingan 32, sebentar tadi.

Mereka hanya memerlukan dua set permainan untuk menumpaskan gandingan veteran terbabit menerusi skor 21-12 dan 21-13 dalam masa 26 minit.

Pusingan berikutnya, Aaron-Roy King akan menantikan samada pilihan ketujuh dari Chinese Taipei, Lee Fang-chih dan Lee Fang-jen atau beregu Itali, Alessandro Gozzini dan Luca Zhou.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd