David Silva Keluar Dari Persaraan Pada Usia 40 Tahun
Hafiz Omar
Bekas pemain tengah Manchester City dan skuad kebangsaan Sepanyol, David Silva yang telah bersara kembali sebagai pemain bola sepak profesional.
Perkembangan itu hadir selepas pendatang baharu Liga Premier Hong Kong, Supreme Shatin FC membuat kejutan menandatangani Silva yang berusia 40 tahun sebagai pemain baharunya.
Kelab itu memaklumkan Silva akan menyertai pasukan pada awal bulan hadapan dan berlatih untuk mendapatkan tahap kecergasan terbaiknya bagi mengharungi perlawanan pada 7hb November.
View this post on Instagram
Untuk makluman, Silva mengumumkan persaraannya tiga tahun lalu selepas mengalami kecederaan melibatkan anterior cruciate ligament (ACL) ketika menjalani sesi pramusim bersama Real Sociedad.
Sebagai tambahan, Shatin FC kini berada di tangga kelapan liga dengan kutipan tiga mata selepas mengharungi empat perlawanan.
Sebelum mengumumkan penyertaan Silva, Shatin FC turut mengumumkan pelantikan ketua jurulatih baharu dari England iaitu Thomas Ballantyne, 41 tahun, menggantikan Kenneth Kwok Kar-lok yang dipecat selepas mengendalikan empat perlawanan musim ini.
Selain Silva, mereka turut mempunyai beberapa pemain import yang lain seperti Matheus de Jesus Dantas, 28 tahun, Brazil; Seito Takatori, 24 tahun, Jepun dan Aitor Aldadur Agirrezabal, 34 tahun, Sepanyol.