Terbuka Artik: Zii Jia Tempah Tiket Suku Akhir

October 8, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berhasil menempah tiket ke peringkat suku akhir Terbuka Artik 2026 di Finland selepas menumpaskan Su Li Yang, sebentar tadi.

Juara edisi 2023 itu merekodkan kemenangan ke atas pemain Chinese Taipei yang menghuni ranking ke-39 dunia menerusi skor 21-17 dan 21-12 selepas bertarung selama 46 minit.

Kemenangan itu membawanya bertemu pemain No.2 dunia dari Perancis, Christo Popov pada peringkat suku akhir.

Popov yang menjuarai saingan Terbuka Jepun 2026 pada Julai lalu mara selepas bertarung sengit mengalahkan pemain India, Tharun Mannepalli menerusi skor 21-14 dan 21-19 dalam masa 50 minit.

Berdasarkan rekod, Zii Jia mempunyai kelebihan bertemu Popov sebelum ini dengan melakar dua kemenangan berturut-turut ketika bertembung di Terbuka Jerman 2022 dan Terbuka Artik 2024.

Sebagai tambahan, ini merupakan kemaraan Zii Jia yang pertama ke peringkat suku akhir selepas beraksi di separuh akhir Terbuka Kanada pada awal Julai lalu.

FEATURED IMAGE: Olympic Council of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd