Belanjawan 2027: Beli Kasut Sukan Termasuk Pelepasan Cukai Individu

October 9, 2026
Lain-Lain

Hafiz Omar

Pelepasan cukai individu bagi kategori gaya hidup diperluaskan kepada pembelian kasut sukan, demikian pengumuman yang terkandung dalam dokumen Belanjawan Madani Kelima Tahun 2027.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim membentangkan belanjawan tersebut dengan membawakan tema Menggapai Di Langit, Mengakar Di Bumi.

Sebelum ini, pelepasan cukai bagi kategori gaya hidup hanya tertakluk kepada pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan; bayaran sewa atau fi kemasukan ke fasiliti sukan; bayaran fi pendaftaran bagi menyertai pertandingan yang mana penganjur diluluskan dan dilesenkan oleh Pesuruhjaya Sukan. 

Tidak dilupakan, pelepasan cukai ini turut merangkumi fi keahlian gimnasium atau latihan sukan. 

Pada masa yang sama, Anwar turut mengumumkan had pelepasan cukai individu dinaikan daripada RM9,000 kepada RM12,000 – semakan pertama sejak tahun 2010.

Dibawakan oleh Luno Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd