Belanjawan 2027: Kerajaan Anjur Liga Perpaduan Hidupkan Sukan Tradisional

October 9, 2026
Lain-Lain

Hafiz Omar

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menganjurkan Liga Perpaduan ketika membentangkan Belanjawan Madani Kelima Tahun 2027.

Menurut Anwar, penganjuran liga itu bertujuan untuk menghidupkan semula sukan tradisional dan permainan rakyat sebagai wahana perpaduan. 

Jenis sukan atau permainan yang dipilih serta format liga tidak dinyatakan secara terperinci semasa pengumuman tersebut.

Menerusi penganjuran liga berkenaan, kerajaan mensasarkan penyertaan sehingga 200,000 orang di peringkat komuniti supaya rakyat pelbagai kaum dapat bertemu, bersukan dan mengeratkan hubungan dalam gelanggang yang sama.

Bagaimanapun, tiada sebarang angka peruntukan diumumkan Anwar ketika mengumumkan penganjuran liga tersebut.

Dibawakan oleh Luno Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd