Aaron-Roy King Rangkul Kejuaraan Pertama Di Terbuka Artik
Hafiz Omar
Gandingan Aaron Tai dan Yap Roy King yang membuat penampilan pertama dalam saingan Jelajah Dunia BWF mencipta kejutan apabila muncul juara Terbuka Artik 2026.
Gelaran juara itu menjelma selepas pasangan berusia 19 dan 25 tahun masing-masing itu berjaya mengalahkan Lai Po Yu dan Tsai Fu Cheng dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada Ahad.
Aaron-Roy King merekodkan kemenangan bergaya ke atas pasangan Chinese Taipei yang menghuni ranking ke-60 dunia itu menerusi skor 21-19 dan 21-19 dalam masa 41 minit.
View this post on Instagram
Sebelum itu, Aaron-Roy King melakukan kejutan besar di peringkat separuh akhir apabila menumpaskan beregu No.3 Denmark, Christian Kjær dan Rasmus Kjær menerusi skor 21-14 dan 21-16 sebelum mara ke perlawan akhir.
Susulan menjuarai Terbuka Artik 2026 – bertaraf Super 500 – Aaron-Roy King membawa pulang ganjaran berupa wang tunai bernilai AS$39,500 (~RM161,229) serta mengutip 9,200 mata.
Kejohanan berikutnya, Aaron-Roy King akan menghadapi Terbuka Denmark 2026 – Jelajah Dunia BWF Super 750 – dijadualkan berlangsung dari 13hb hingga 18hb Oktober.
Mereka akan memulakan kempen dengan menentang beregu Republik Korea, Kang Min Hyuk dan Jong Min Lee.
FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia