Corinthians Lantik Seedorf Sebagai Ketua Jurulatih
Hafiz Omar
Bekas pemain tengah AC Milan berstatus legenda, Clarence Seedorf menyambung karier kejurulatihan apabila khidmatnya dipancing SC Corinthians Paulista yang berpangkalan di Brazil.
Itu merupakan kontrak kejurulatihan pertama Seedorf, 50 tahun, selepas menguruskan skuad bola sepak kebangsaan Cameroon pada tahun 2019.
View this post on Instagram
Corinthians dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan Seedorf, pernah beraksi sebagai pemain dalam kancah bola sepak Brazil, diberikan kontrak sehingga penghujung musim 2027.
Kelab berjulukan Timão itu mengumumkan pelantikan Seedorf menggantikan Fernando Diniz selepas mengalami tujuh kekalahan berturut-turut dalam saingan Serie A sejak Ogos lalu.
Mereka mempunyai 32 mata selepas mengharungi 30 perlawanan dan kini berada di ambang zon penyingkiran Serie A.