Netflix Dapat Hak Penyiaran Piala Dunia FIFA 2030

October 14, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Platform penstriman berbayar, Netflix berjaya mendapatkan hak eksklusif Piala Dunia FIFA 2030 bagi menyiarkan 104 perlawanan pertandingan bola sepak berprestij itu bagi Sepanyol dan Andorra.

Piala Dunia edisi berkenaan bakal berlangsung di Sepanyol, Portugal, Maghribi serta Argentina, Paraguay dan Uruguay bersempena ulang tahun ke-100 kejohanan bola sepak terulung tersebut.

Berdasarkan satu kenyataan, Netflix merancang untuk melakukan liputan penuh merangkumi rancangan praperlawanan, separuh masa dan pascaperlawanan yang menyajikan perspektif Sepanyol; ringkasan harian pada hari perlawanan serta program-program yang meningkatkan keterujaan penonton yang mejurus kepada Piala Dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netflix España (@netflixes)

Sebagai sebahagian daripada perjanjian, Netflix akan menawarkan siaran satu perlawanan secara percuma bagi setiap hari perlawanan untuk penonton di Sepanyol.

Pakej itu termasuk setiap perlawanan melibatkan pasukan Sepanyol merangkap juara bertahan serta kesemua aksi perlawanan peringkat separuh akhir dan akhir – termasuk siaran percuma di syarikat penyiaran awam bagi memastikan tontonan yang lebih meluas oleh segenap penonton di negara itu.

Perjanjian ini merupakan lanjutan daripada hubungan yang semakin berkembang antara Netflix dan FIFA. Untuk makluman, Netflix juga merupakan pemegang hak penyiaran untuk Piala Dunia Wanita FIFA 2027 dan 2031 di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

FEATURED IMAGE: Seleccion Espanola de Futbol Facebook

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd