Arrifin Mohd Ghani Ketua Pengarah Baharu MSN

October 15, 2026
Lain-Lain

Hafiz Omar

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melakukan penstrukturan semula penempatan melibatkan dua pegawai kanannya iaitu Pesuruhjaya Sukan, Arrifin Mohd Ghani dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin.

Penstrukturan itu menyaksikan Arrifin dilantik sebagai Ketua Pengarah MSN manakala Jefri pula mengambil alih peranan sebagai Pesuruhjaya Sukan.

Ianya berkuat kuasa pada hari ini dan perkara tersebut itu telah dimaklumkan KBS menerusi satu siaran media yang dikongsikan sebentar tadi.

Menurut KBS, penstrukturan terbabit merupakan langkah untuk memperkasa dan memperkukuh tadbir urus agensi dibawah kementerian.

“KBS yakin penstrukturan penempatan ini dapat menyumbang kepada peningkatan kecekapan pengurusan, pengukuhan sistem penyampaian perkhidmatan serta pelaksanaan dasar dan inisiatif pembangunan sukan negara secara efisyen.” tulis kenyataan oleh KBS.

Sebagai rekod, Jefri mula menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah MSN bermula Mac 2025 menggantikan Abdul Rashid Yaakub manakala Arrifin merangkap bekas pemain hoki kebangsaan pula mula berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Sukan sejak Ogos 2025.

FEATURED IMAGE: Kementerian Belia dan Sukan

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd