Terbuka Mesir: Sivasangari, Hania Bertarung Sengit 86 Minit

October 16, 2026
Lain-Lain

Hafiz Omar

Perjalanan perseorangan skuasy wanita No.1 negara, Sivasangari Subramaniam di Terbuka Mesir 2026 terhenti selepas tewas kepada juara bertahan, Hania El Hammamy.

Bagaimanapun, Hania, penghuni ranking kedua dunia, terpaksa berhempas pulas selama 86 minit untuk mengatasi Sivasangari sebelum mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir bagi kejohanan bertaraf Diamond terbabit.

Sivasangari terlebih dahulu merakamkan kemenangan pada set pertama menerusi skor 11-6 sebelum Hania bangkit pada set kedua menerusi skor 21-10.

Pada set ketiga, Sivasangari kembali melakar kemengan menerusi skor 12-10 sebelum Hania mengimbangi kedudukan semasa kepada 2-2 apabila memenangi set keempat menerusi skor 11-0.

Pada set terakhir, Hania memastikan kemaraannya ke perlawanan akhir apabila menoktahkan pertarungan menerusi skor 12-10 sekaligus melebarkan rekod pertemuan ke atas Sivasangari kepada 11 kemenangan daripada 13 pertemuan.

Aksi seterusnya, Hania akan bertembung rakan senegaranya merangkap pemain No.1 dunia, Amina Orfi untuk merebut gelaran juara bagi edisi tahun ini.

Terdahulu, Amina mengesahkan tempat ke perlawanan akhir selepas bertarung selama 71 minit untuk menumpaskan seorang lagi pemain Mesir, Nouran Gouhar menerusi skor 9-11, 11-8, 12-10 dan 11-6.

FEATURED IMAGE: PSA Squash Tour

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd