Teoh Mei Xing Umum Persaraan Pada Usia 29 Tahun

October 20, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Pemain beregu negara, Teoh Mei Xing secara rasminya mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton pada usia 29 tahun.

Pengumuman itu dibuat menerusi akaun media sosial rasminya pada Sabtu sambil mengepilkan cebisan-cebisan memori sepanjang bergelar pemain badminton negara.

Hantaran itu dilakukannya selepas beraksi kejohanan terakhirnya bersama Tan Zhi Yang di Malaysia Super 100 yang berlangsung Johor pada minggu lalu.

Kempen Mei Xing dan Zhi Yang di kejohanan itu terhenti setakat pusingan 32 selepas tewas di tangan gandingan Jin Sung Ik dan Lee Seung Hee dari Republik Korea.

“Saya bersyukur kerana aksi terakhir saya di Malaysia, tetapi saya agak kecewa kerana tidak memenangi kejuaraan sebelum menamatkan kerjaya badminton saya.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mei Xing Teoh (@meixing1314)

“Tetapi ia bukanlah satu masalah besar, saya bukanlah seorang pemain yang memenangi banyak kejohanan utama tetapi usaha yang saya lakukan  dalam kerjaya badminton saya, saya tidak mempunyai sebarang penyesalan.” tulisnya.

Pencapaian terbaik Mei Xing hadir ketika bergandingan bersama Anna Cheong Yik Ching dengan menjuarai saingan Antarabangsa Syed Modi 2022 dan Terbuka Republik Czech 2021 serta menghuni tangga ke-17 dunia – tertinggi dalam kariernya.

Bagaimanapun, prospek beregu ini terbatas berikutan kecederaan serius menimpa Anna.

Selain itu, Mei Xing pernah bergandingan Go Pei Kee, Cheng Su Hui, Amelia Alicia Anscelly, Yap Ling, Chow Mei Kuan, Hoo Pang Ron dan Tee Kai Wun.

Sebagai tambahan, Mei Xing juga sebahagian daripada anggota skuad negara yang memenangi pingat gangsa Piala Sudirman 2021 dan 2023 serta Sukan SEA Thailand 2025. 

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd