Sukan Para Asia: Bonnie Sumbang Emas Kedua Malaysia
Hafiz Omar

Kontinjen Malaysia berhasil membutirkan emas kedua di temasya Sukan Para Asia apabila jaguh powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin mengungguli acara 72 kilogram (kg) lelaki di Pusat Perdagangan dan Industri Bandar Nagoya, hari ini.
Atlet kelahiran Sarawak berusia 27 tahun itu muncul sebagai pemenang selepas melakukan angkatan terbaiknya dengan bebanan seberat 225kg pada percubaan kedua.
Terdahulu, Bonnie memulakan percubaan pertamanya dengan bebanan seberat 216kg.
Pada percubaan ketiga, Bonnie cuba melakukan angkatan seberat 231kg namun tidak berjaya.
Ternyata bebanan 225kg itu sudah memadai untuk mengatasi pencabar terdekatnya, Zhang Pingkang dari China (212kg) dan Bakhtiar Mohsen dari Iran (208kg) yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dan gangsa masing-masing.
Ini merupakan kali kedua Bonnie meraih emas di Sukan Para Asia selepas memenangi kilauan yang pada edisi 2022 menerusi angkatan seberat 230kg – rekod temasya.
Pada Isnin, Kontinjen Malaysia memperoleh kilauan emas pertama menerusi atlet berbasikal trek para negara, Zuhairie Ahmad Tarmizi yang mengungguli acara ujian masa 1000 meter lelaki C4-C5.
FEATURED IMAGE: Majlis Sukan Negara Malaysia Facebook