Teemu Pukki Umum Bersara Hujung Musim 2026
Hafiz Omar

Penyerang yang pernah meraih perhatian dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Norwich City FC, Teemu Pukki mengumumkan menamatkan karier bola sepaknya apabila berakhirnya musim ini.
Pukki, 36 tahun, mempunyai baki empat perlawanan lagi untuk dihabiskan bersama HJK Helsinki sebelum Veikkausliiga melabuhkan tirainya pada 8hb November nanti.
Pengumuman itu hadir kira-kira setahun selepas Pukki mengumumkan persaraannya daripada arena bola sepak antarabangsa bersama skuad kebangsaan Finland.
View this post on Instagram
Sebagai rekod, Pukki telah menyarung jersi HJK Helsinki, kelab yang berpangkalan di negara kelahirannya, sejak tahun 2025.
Sebelum itu, Pukki pernah berkelana di Amerika Syarikat dengan menyertai Minnesota United FC selepas lima musim menyarung jersi Norwich City.
Ketika bersama Norwich City yang turut dijuluki sebagai Sang Kenari, Pukki telah merekodkan 88 jaringan serta 29 bantuan gol hasil daripada 210 penampilan.
Jumlah jaringan itu meletakkannya sebagai penjaring Norwich City kedua terbanyak sepanjang zaman selepas Iwan Roberts yang meledak 301 gol sekaligus dilabel sebagai legenda kelab.
Antara lain, Pukki pernah menyarung jersi Schalke 04, Brondy IF, Celtic, Sevilla dan KTP.
FEATURED IMAGE: Norwich City FC